Pengenalan

 

 Apa itu Pendidikan Jasmani

pjm-3110-kurikulum-pedagogi-pendidikan-jasmani-semester-4-2-638gigi
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.

Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Selain itu, menurut Asiah Abu Samah 1993, kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.
 

Apa itu Pendidikan Kesihatan ???

Pendidikan kesihatan merupakan disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan tahap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.download

Matlamat Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat
panjang yang berkualiti. Pendidikan Kesihatan adalah
sesuatu pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan (Green, 1980)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan Kesihatan  adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan Pendidikan Kesihatan untuk mencapai keadaan fizikal dan sosial yang optimum untuk individu,keluarga dan komunitizahora